Jangan takut Malaysian Malaysia diperjuang DAP, ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan – Sheikh Umar

Dari Penulis

SLOGAN Malaysian Malaysia yang diperjuangkan DAP tidak bercanggah dengan Perlembagaan, malah ia selari dengan prinsip Rukun Negara, kata Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Sheikh Umar Bagharib Ali,

Sehubungan itu, katanya, rakyat Malaysia terutama Orang Melayu tidak perlu takut dengan slogan tersebut dan tidak sepatutnya menjadi isu, lebih-lebih lagi dalam suasana kempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Beliau berkata, semua pihak sepatutnya mengelak perkara ini daripada menjadi polemik berterusan, sebaliknya mencari titik persamaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk berkempen pada pilihan raya ini.

“Sebab itu DAP setuju bentuk Kerajaan Perpaduan dan (semua parti) setuju perlembagaan parti ini kekal, tiada masalah antara satu sama lain. Jadi seharusnya perkara ini tidak timbul lagi.

“Slogan itu tidak perlu digugurkan dan pada masa sama, tidak seharusnya terikut-ikut dengan rentak Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa DAP adalah satu ancaman kepada Melayu,” katanya ditemui selepas Ceramah Perpaduan Pulai di Bukit Indah, Johor Bahru, malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong yang juga Pengerusi DAP Johor; Naib Pengerusi PKR, Dr Maszlee Malik; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Samsolbari Jamali dan calon PH Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed, sebelum ini menyarankan semua pihak dalam gabungan Kerajaan Perpaduan terutamanya DAP supaya berubah menjadi parti yang lebih sederhana jika mahu diterima orang Melayu.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, tiada cara lain untuk meyakinkan orang Melayu bahawa DAP kini sudah berbeza berbanding sebelumnya iaitu dengan meminda perlembagaannya berhubung konsep ‘Malaysia Malaysia’ dan ‘perlembagaan sekular’.

Mengulas lanjut, Sheikh Umar yang juga Naib Pengerusi DAP Johor berharap, akar umbi terutama UMNO mendapat kefahaman jelas mengenai isu berkenaan.

Katanya, rasa sangsi dan curiga orang Melayu adalah perkara biasa yang memerlukan masa untuk menerimanya.

“Saya tidak mahu bersangka buruk terhadap bekas Ahli Parlimen Pulai (Nur Jazlan) tetapi percaya kenyataan itu dikeluarkan disebabkan khuatir dengan sentimen pengundi UMNO.

“Saya tahu ramai dalam kalangan kita (masih baharu) untuk serasi dengan gerak kerja dan kolaborasi ini, jadi ramai orang menyatakan rasa risau serta khuatir, jadi banyak benda terkeluar.

“Hasrat beliau tak begitu, dia sebenarnya meminta pengundi Melayu khususnya UMNO menyokong calon PH di Pulai dan usaha yang sama juga kita buat,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This