Wanita maut selepas Ativa rempuh belakang lori kontena

Dari Penulis

SEORANG wanita maut selepas kenderaan utiliti sukan yang dipandu merempuh sebuah lori kontena di Kilometer 249.9, Lebuhraya Utara-Selatan dekat susur masuk kawasan Rehat dan Rawat Senawang, pagi kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Rosli Ishak berkata, dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, mangsa berusia 30 tahun memandu Perodua Ativa bersendirian dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Melaka.

Sampai di lokasi kejadian, mangsa disyaki telah hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah lori kontena yang dipandu seorang lelaki berusia 43 tahun.

“Pemandu lori ketika itu sedang berhenti di sebelah kanan susur sementara menunggu giliran tempat letak kenderaan berat di kawasan R&R Senawang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa mengalami cedera parah di kepala serta badan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban bagi bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Alif di talian 018-2029479.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saya tidak pernah U-turn, pendirian tetap sama isu PTPTN, kata Adam Adli

"Saya tidak pernah rasa saya berubah pandangan, buat U-turn dan sebagainya. Saya keras dengan pandangan saya." Demikian penegasan Timbalan Menteri...

More Articles Like This