Pengguguran kes Zahid walaupun wujud prima facie, bukan satu yang mengejutkan – Hamzah

Dari Penulis

Datuk Seri Hamzah Zainudin GAMBAR: Abd Razak Aid

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan bukan sesuatu yang mengejutkan.

“Bila saja Ahmad Zahid dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA), untuk semua 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram selepas Jabatan Peguam Negara menghentikan semua prosiding, walaupun wujud prima facie serta kes sudah di peringkat bela diri – ia bukan sesuatu yang mengejutkan,” katanya.

Dalam kenyataan di Facebooknya, Hamzah secara sinis berkata, semua rakyat harus bersyukur kepada Allah kerana kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melepaskan Presiden UMNO itu daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

“Hinggakan terdapat kenyataan yang dibuat Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang berbunyi: ‘Jika terdapat pendakwaan kes di masa depan, namun tidak berhasrat untuk meneruskan kes, ia akan membazirkan masa mahkamah dan wang rakyat.

“Cikgu mana tak sayang anak murid. Lagi-lagi kalau anak murid itu sanggup melakukan apa saja untuk cikgu, hatta menggadai prinsip perjuangan dan maruah parti. Mestilah ada timbal-balasnya,” katanya dalam satu kenyataan di media sosial miliknya hari ini.

BERITA BERKAITAN Pendakwaan kemuka 11 alasan mohon kes Ahmad Zahid diberhentikan

Hamzah dipercayai merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang melepaskan Ahmad Zahid tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, yang memaklumkan Jabatan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap beliau pada peringkat ini.

Hamzah dalam nada yang sinis juga menyatakan percaya dengan pelepasan Ahmad Zahid, pelabur akan bertambah yakin kerana terbukti pemimpin negara adalah pemimpin yang sentiasa dilindungi, lebih-lebih jika memegang tampuk kepimpinan tinggi dalam negara.

“Ekonomi negara juga akan berkembang lebih pesat dengan pelepasan ini dan kita perlu yakin bahawa masalah harga barang serta kenaikan kos sara hidup akan boleh diselesaikan dengan segera selepas pelepasan ini.

“Tahniah dan syabas kepada Ahmad Zahid,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This