Kacau teman wanita orang, 7 lelaki ditahan babit pergaduhan di Banting

Dari Penulis

TUJUH lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah restoran dekat Jalan Bunga Pekan, Banting pada pagi kelmarin.

Video penuh klik link di bawah.

https://t.me/infoutusantv/462

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berusia 36 tahun pada pukul 1.15 petang.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, pengadu bersama rakannya telah dipukul oleh sekumpulan lelaki yang dikenali.

“Punca kejadian disebabkan tidak puas hati apabila teman wanita diganggu oleh sekumpulan lelaki yang disyaki di bawah pengaruh alkohol,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, dua lelaki ditahan polis dalam serbuan pertama di kawasan Banting pada pukul 4.50 petang.

Hasil soal siasat membawa kepada serbuan kedua pada pukul 7.30 malam dan menahan dua lagi lelaki.

Ahmad Ridhwan berkata, serbuan ketiga yang dijalankan pada pukul 9.45 malam telah membawa kepada tangkapan
tiga lelaki.

“Semakan mendapati kesemua suspek berusia 19 hingga 37 tahun dan empat daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan jenayah serta dadah,” ujarnya.

Katanya, saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah.

Kesemua suspek telah direman selama tiga hari di lokap Balai Polis Banting dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kertas Dasar gubal Akta Mara 2026 dilulus Jemaah Menteri

KABINET dilapor telah pun meluluskan Kertas Dasar untuk penggubalan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) 2026 baharu. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi...

More Articles Like This