PRK Parlimen Pulai: 90 peratus awal laksana tanggungjawab – SPR

Dari Penulis

SEBANYAK 90 peratus atau 831 orang daripada 927 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia, telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal bagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukannya, kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini.

“Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia, pihak berkuasa tempatan, Jabatan Penerangan Malaysia, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan statistik SPR petang ini, seramai 43 orang daripada 46 orang hadir mengundi di pusat pengundian awal di Balai Polis Kempas, sehingga proses pengundian awal berakhir pada 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, di Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, seramai 788 anggota dan pegawai daripada 881 orang, telah mengundi awal.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar jangka berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN Simpang Jeram.

SPR telah menetapkan hari pengundian bagi PRK kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini.

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This