Polis siasat 20 lelaki Cina bergaduh, serang pelanggan restoran

Dari Penulis

POLIS membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan melibatkan 20 lelaki di sebuah restoran dekat Bandar Baru Klang, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pemilik restoran terbabit.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 1 pagi itu, kira-kira 20 lelaki berbangsa Cina telah bergaduh antara satu sama lain dan menyerang pelanggan yang sedang makan di restoran itu.

“Akibat daripada pergaduhan itu, beberapa pelanggan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, beberapa suspek yang terlibat dalam pergaduhan ini telah dikenalpasti dan antara mereka pernah ditangkap polis sebelum ini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunan senjata.

“Polis kini masih mengesan beberapa saksi di tempat kejadian dan usaha mengesan suspek terlibat masih dijalankan,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Daerah Klang Utara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This