KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa ibu bapa kepada kanak-kanak yang terlibat dengan gangguan seksual supaya tampil atau membuat laporan.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata ibu bapa tidak perlu rasa malu atau takut membuat laporan kerana ia merupakan tanggungjawab penting dalam melindungi anak-anak mereka.
Beliau berkata menurut statistik polis sejumlah 378 kes gangguan seksual dilaporkan pada 2020, dan jumlah itu meningkat kepada 506 kes pada 2021.
“Bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada tahun 2022 iaitu kepada 477 kes. Jumlah kes yang dilaporkan ini adalah melibatkan kedua-dua jantina, lelaki dan wanita.
“Kita akui laporan yang dibuat menunjukkan penurunan, tetapi saya masih sangsi mangsa tidak mahu berbuat demikian kerana takut dan mungkin memalukan keluarga, malah sepatutnya berani tampil dengan segera apabila berlaku gangguan seksual,” katanya.
Baca artikel lain: Mainkan peranan sebagai pembangkang konstruktif, henti sentimen peralihan kerajaan
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Jeyarawara KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual Negeri Kelantan, hari ini.
Mengulas lanjut, Nancy berkata kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual bergantung pada ibu bapa untuk melindungi mereka.
“Rasa takut dan malu untuk melaporkan boleh menjadi sebahagian cabaran bagi menangani gangguan seksual terutama apabila pelaku menganggap tindakan mereka sebagai jenaka yang tidak berbahaya atau salah faham,” katanya.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

