Keputusan Ahmad Zahid tak beri kesan kepada PRK

Dari Penulis

KEPUTUSAN kes mahkamah melibatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak akan memberi kesan terhadap Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut sebaliknya akan memberi kesan positif kerana kebenaran akhirnya dapat dibuktikan.

“Alhamdulillah, kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memberi kesan yang amat positif kerana akhirnya kebenaran dapat ditegakkan. Kalau kita tengok daripada sudut itu, Alhamdulillah.

“Saya tahu ada pihak tidak suka akan lihat pada sudut negatif. Kita bersyukur dan gembira akhirnya keadilan dapat ditegakkan di negara ini, itu yang penting. Kepada mereka yang berfikir lain itu, itu silap pemikiran mereka.

“Saya ingin perbetulkan kesilapan itu, kita ada harapan terhadap proses keadilan di Malaysia kerana mereka membetulkan apa yang silap, kezaliman dihentikan, itu yang penting,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: BNM kekal OPR pada 3 peratus

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tinjauan mesra di Taman Pertama Indah, hari ini.

Isnin lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Ahmad Maslan juga yakin keputusan kes Ahmad Zahid itu akan memberi nilai tambah terhadap sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram.

“Sudah tentu jika kita melihat perkara itu daripada sudut yang berbeza, itu adalah pelepasan daripada kezaliman yang amat dahsyat. Ada pihak yang minta penjelasan daripada peguam negara.

“Sebanyak 11 penjelasan dan kenyataan media yang ringkas sudah pun dikeluarkan. Apa yang mereka buat itu diperakui hakim. Tidak perlu lagi sebarang penjelasan daripada Jabatan Peguam Negara,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki rakyat Malaysia cedera terkena letupan bom di Tak Bai

DUA lelaki warga Malaysia dilaporkan cedera selepas terkena letupan bom dalam satu kejadian di Lebuhraya 42, Kampung Phrai Wan,...

More Articles Like This