Polis buru tiga suspek samun berparang di Klang

Dari Penulis

POLIS kini memburu tiga suspek yang terlibat dalam kejadian samun berparang di sebuah kediaman dekat Jalan Seruling, Klang Jaya pada malam kelmarin.

Menurut kenyataan Polis Daerah Klang Selatan, kejadian berlaku pada pukul 9 malam.

“Orang ramai yang melihat kejadian samun berparang itu diminta menghubungi talian Gerakan Klang Selatan atau Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Saiful Azni di talian 017-6635045 bagi membantu siasatan,” kata kenyataan itu.

Sebelum itu, tular sebuah video berdurai 43 saat memaparkan kejadian samun berparang di sebuah rumah.

Menerusi video tersebut dapat dilihat tiga suspek bertopeng dan bersarung tangan telah masuk ke dalam sebuah kediaman melalui pintu hadapan.

Malah, turut didengari juga suara seorang lelaki menjerit dalam kejadian itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This