NOMBOR Pendaftaran Istimewa (NPI) M1M telah mencatat rekod apabila ia dibida dengan harga paling tinggi iaitu RM622,000.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan, nombor pendaftaran M5M pula berada di tempat kedua tertinggi dengan harga RM500,000 diikuti M8M (RM450,000), M9M (RM402,004) dan M6M (RM350,000)
Katanya, NPI Siri M___M yang telah dibuka untuk dibida bermula 31 Ogos sehingga 4 September lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 berjaya merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM20,091,970.
“Hasil pembidaan siri M___M ini yang membawa maksud ‘Malaysia Merdeka’ telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak bagi menunjukkan semangat dan menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2023.
“Siri M__M ini juga telah menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada pembida-pembida.
“Jumlah penyertaan keseluruhan pembida siri ini adalah seramai 25,033 orang dan sebanyak 6,872 pembida telah berjaya memenangi nombor pendaftaran masing-masing,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: PRK Pulai: Sentuhan akhir Suhaizan menjelang hari undi esok
JPJ memaklumkan, lima nombor yang paling banyak dibida ialah M101M iaitu seramai 39 orang, M155M (33 pembida), M51M (32 pembida), M313M (31 pembida) dan seterusnya M39M (28 pembida).
Pada masa sama, pihaknya turut mengucapkan tahniah kepada para pembida yang telah menerima keputusan rasmi pada 5 September lalu.
“Terima kasih juga kepada semua pengguna yang telah menyertai bidaan ini bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan pilihan masing-masing melalui Sistem JPJeBid.
“Bidaan nombor pendaftaran melalui Sistem JPJeBid secara dalam talian ini adalah suatu usaha jelas JPJ dalam menyediakan perkhidmatan secara digital kepada seluruh rakyat selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam 2021-2025.
“JPJ akan terus berusaha untuk memperluaskan dan memantapkan perkhidmatan digital untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

