UMNO tak perlu dibantu selepas kalah teruk PRU-14 – Tuan Ibrahim

Dari Penulis

PAS menyatakan perasaan kesal setelah membantu UMNO bangkit selepas mengalami kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Man Tuan Ibrahim berkata, sepatutnya UMNO tidak dibantu dan dibiarkan begitu sahaja.

“Bila UMNO tewas dalam PRU-14, sepatutnya Pas yang lawan UMNO sejak belum beranak lagi (tidak bantunya). Bila UMNO tumbang inilah kesempatan untuk kita ‘nyak’ terus, betul tak?

“Tak perlu kita bantu, tak perlu kita tolong tetapi apa yang berlaku Pas duduk berbincang dengan UMNO. Mari PRK (pilihan raya kecil) kita bantu, kita tolong dia.

“Ini pada waktu di mana 10 daripada 14 parti komponen BN meninggalkan BN satu persatu,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: Nombor pendaftaran M1M dibida pada harga RM622,000 – JPJ

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Grand Finale Perikatan Nasional N13 Simpang Jeram di SBJ Ballroom, Kampung Parit Keroma Darat, malam tadi.

Tuan Ibrahim berkata, Pas kemudian membantu UMNO sehingga memenangi 10 pilihan raya kecil (PRK) namun apabila sudah merasakan sudah kuat, mereka mula buat masalah.

“Masa PRK dia mula rasa kuat, kita lihat dia mula tukar Menteri Besar Johor daripada Bersatu kepada UMNO. Kemudian bergerak ke ke Melaka tukar Ketua Menteri Melaka daripada Bersatu kepada UMNO.

“Kemudian bergerak ke Perak, buat usul undi tidak percaya kepada Peja, tukar Menteri Besar Perak itu daripada Bersatu kepada UMNO, kemudian bergerak ke Pusat tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This