‘Fatwa haram’: Muhyiddin selesai beri keterangan

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan selesai memberi keterangan berkaitan isu dakwaan ucapan ‘fatwa haram’ dalam satu program kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, baru-baru ini.

Memetik laporan BH Online, bekas Perdana Menteri itu selesai memberi keterangan kira-kira pukul 10.25 pagi tadi di bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), KL Sentral.

Ketika ditanya media, Muhyiddin sempat menunjukkan tanda bagus dan tersenyum sebelum beredar.

Difahamkan, Ahli Parlimen Pagoh itu bergerak ke bangunan Parlimen bagi menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang sedang berlangsung ketika ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, siasatan berhubung ucapan ‘fatwa haram’ dikaitkan dengan Presiden Bersatu semasa kempen PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram itu akan dilengkapkan.

Kata beliau, pihaknya akan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut selepas siasatan dilengkapkan.

Baca artikel berkaitan: Polis buka dua kertas siasatan, panggil Muhyiddin Selasa ini

“Proses merakam keterangan berhubung ucapan sudah selesai sepenuhnya dan polis akan melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman akan melengkapkan kertas siasatan berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dilihat masuk ke dalam bangunan terbabit pada jam 9.28 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire.

Kelmarin, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, dilaporkan berkata, pihaknya akan memanggil Muhyiddin har ini untuk diambil keterangan.

“Ada dua kertas siasatan dibuka terhadap Tan Sri Muhyiddin susulan kenyataan beliau berkaitan’fatwa’ dan kenyataannya berkenaan orang Melayu akan hilang kuasa. Jadi, kita akan panggil beliau pada 12 September untuk diambil keterangan,” katanya seperti dilaporkan media.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This