AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang kini berada di blok pembangkang memulakan ‘serangan’ dengan menyifatkan ahli Parlimen blok kerajaan sebagai hipokrit.
Ia susulan tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul semalam yang menolak usul tergempar dikemukakan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang).
Usul tergempar tersebut adalah berkaitan keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah.
Menurut Syed Saddiq, ahli Parlimen blok kerajaan sebelum ini sering membangkitkan agenda mahu melawan rasuah; tidak menggugurkan kes di mahkamah dan memenjarakan kleptokrat.
Sebaliknya, kata beliau, perkara itu tidak berlaku ketika ini apabila ada ahli politik yang dibebaskan.
Malah, Syed Saddiq turut memberi contoh pada tahun 2015 apabila 70 ahli Parlimen yang dahulunya berada di blok pembangkang dan kini di kerajaan membangkitkan isu-isu tersebut.
“Kalau kita di dalam Dewan ini dibisukan mulut, tak boleh mengkritik kerajaan, bagaimana kita nak bicarakan soal rakyat?
“Walhal pada tahun 2015, 70 ahli Parlimen dalam Dewan ini di blok pembangkang yang ingin bicarakan soal keputusan hakim di mahkamah.
“Sebelum itu keputusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan serangan ke atas peguam negara. Semua boleh mereka bangkitkan, (tetapi) kini berada di kedudukan kerajaan, hipokrit,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Baca artikel berkaitan: Saya tidak mahu jawatan, bukan ‘Pak turut’ – Syed Saddiq
Semalam usul tergempar dibawa Wan Ahmad Fayhsal mengenai keputusan mahkamah terhadap Ahmad Zahid ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Mengulas lanjut, Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) turut menuduh kerajaan melakukan pembohongan terbesar di peringkat nasional berkait isu mahu melawan rasuah.
“Kerana realitinya ini adalah pembohongan terbesar peringkat nasional sebelum (ini) kata nak lawan rasuah, takkan gugurkan kes, akan penjarakan kleptrokrat (tapi) hari ini membebaskan mereka,” katanya.
Terdahulu beberapa Ahli Parlimen turut membangkitkan persoalan mengenai usul tergempar yang dibawakan oleh Wan Ahmad Fahysal.
Antaranya Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta kerajaan untuk meletakkan hala tuju terhadap 47 pertuduhan jenayah pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Ahmad Zahid.
“Saya minta kerajaan meletakkan hala tuju kepada 47 kes ini sama ada kerajaan nak tarik terus atau kerajaan nak dakwa semula dan sebagainya,” katanya.
Shahidan dalam masa sama turut mengucapkan tahniah terhadap Syed Saddiq dan menggelarkannya sebagai hero rakyat Malaysia susulan penarikan diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan dan memilih menjadi pembangkang.
“Saya nak ucap tahniah kepada Muar, hero rakyat Malaysia sekarang adalah Muar,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

