Sekarang zaman dominasi politik DAP – KJ

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

RAKYAT Malaysia ketika ini berada dalam zaman hegemoni (dominasi) politik DAP memandangkan pengundi Melayu telah berpecah kepada empat.

Pandangan itu dilontarkan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengulas mengenai kerjasama DAP dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurut Khairy, perpecahan orang Melayu akan menyumbang kepada keselesaan DAP untuk terus menang di kawasan-kawasan bandar yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Perkara itu juga jelas Khairy akan terus menguatkan DAP sekiranya pertambahan kerusi Parlimen di kawasan bandar dilakukan dengan pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“DAP akan terus menang selesa di kawasan-kawasan bandar majoriti Cina. Jika Perlembagaan dipinda nanti untuk menambahkan kerusi Parlimen, sudah pasti yang akan ditambah adalah kawasan-kawasan di bandar.

“Realiti sekarang, DAP boleh buat apa sahaja termasuk bekerjasama dengan Ahmad Zahid dan pengundi Cina akan tetap memberi lebih 95 peratus sokongan kepada parti itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca juga: Saya rasa sedih kepada Anwar, reformasi jadi ‘reformati’ – Khairy

Mengulas lanjut, Khairy berkata, kebanyakan pengundi Cina ketika ini tidak mempunyai ‘sempadan merah’ dalam bentuk isu rasuah kerana setia pada DAP.

Beliau berkata, pengundi Cina akan tetap menyokong DAP dan calon-calon parti itu sekalipun slogan ‘Malaysian Malaysia’ dibuang.

“Kalau ada pun pengundi Cina yang sedikit kecewa, mereka tidak akan keluar mengundi seperti dalam pilihan raya kecil (PRK) Pulai. Itu sahaja.

“Jika senario pilihan raya umum (PRU), mereka pasti akan keluar dan mengundi DAP sebab pertaruhan lebih besar dan penting berbanding PRK,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut melihat alasan kebanyakan pengundi Cina mengundi DAP kerana tidak mempunyai pilihan yang ‘viable’ adalah tidak relevan.

Perkara itu menurut beliau kerana pengundi Cina mempunyai pilihan yang lebih baik pada PRU13 iaitu penggal pertama Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

“Penggal pertama Najib Razak dikenali dengan pendekatan liberal. 1Malaysia, liberalisasi ekonomi, peruntukan tambahan untuk sekolah-sekolah Cina, Najib pukul gendang Cina dalam video dan lain-lain.

“Ini semua sebelum skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), tapi pengundi Cina masih memberi undi pada DAP sehingga Utusan Malaysia keluarkan headline “Apa lagi Cina mahu?” yang dikecam hebat.

“Masa PRN 2023 ada pilihan ‘kuasa ketiga’ MUDA yang antara lain menolak kerjasama dengan Zahid, pun pengundi Cina tidak layan. Saya rasa tidak akan ada pilihan lain yang viable mungkin untuk 40-50 tahun lagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This