SEORANG penunggang motosikal patah kaki selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, pukul 1 tengah hari tadi.
Video penuh klik link di bawah.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan berlaku apabila pemandu Perodua Bezza dalam perjalanan dari Hospital Selayang ke Bukit Beruntung.
Beliau berkata, pemandu Bezza dipercayai telah terlelap lalu gagal mengawal kenderaan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal.
“Akibat kejadian, penunggang motosikal lelaki mengalami kecederaan patah kaki dan telah dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan.
“Sementara pemandu Bezza tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Faizal berkata, kes kini masih dalam siasatan polis.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

