SEPASANG suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki merempuh belakang sebuah jip milik Angkatan Tentera Malaysia di Kilometer 87 Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Gurun pada 2.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kemalangan berlaku apabila motosikal Benelli yang dinaiki mangsa bergerak laju dari arah Alor Setar ke Butterworth.
Beliau berkata, sampai di lokasi kejadian, motosikal dipercayai hilang kawalan lalu melanggar dengan kuat belakang jip ATM sebelum motosikal terbakar di tengah laluan jalan.
“Akibat kejadian, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Ridzuan Salleh @ Ramli, 41, maut di lokasi kejadian akibat melecur di badan.
“Sementara isterinya Rosmawati Ismail,39, maut akibat parah di badan ketika menerima rawatan di zon merah hospital pada pukul 3.20 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kedua-dua mayat dibawa ke forensik Hospital Sultan Abdul Halim Shah bagi tujuan bedah siasat.
Katanya, pemandu dan penumpang jip masing-masing berusia 28 dan 42 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu.
Zaidy berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis kini mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

