VETERAN DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mengakui turut terkedu apabila mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.
Kit Siang berkata, perkara itu akan menjadi lebih buruk sekiranya Perikatan Nasional (PN) berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram.
Menurut beliau, hal itu memandangkan PN secara terbuka mahu menumbangkan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa mengambil kira kesan terhadap kestabilan politik dalam negara.
“Tidak ada pemimpin politik PN yang kelihatan peduli dengan Malaysia kehilangan kedudukan globalnya dalam dua dekad yang lepas dan kegagalan untuk memenuhi sembilan cabaran strategik Wawasan 2020.
“PN juga tidak peduli dengan agenda untuk memastikan Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia. Bahaya jika Malaysia merosot menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dalam beberapa dekad yang akan datang.
“Adakah semua 74 Ahli Parlimen dan 208 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN menerima dan menyokong kelima-lima prinsip dan cita-cita Rukun Negara dalam membina negara?,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Annuar terima cabaran Kit Siang untuk ke mahkamah
Mengulas mengenai Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kit Siang melihatnya sebagai satu dasar yang meyakinkan.
Menurut Kit Siang, Anwar dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi kata pengantar mereka dalam laporan tersebut menegaskan perang terhadap rasuah kekal sebagai agenda utama Kerajaan Perpaduan.
Katanya, buat pertama kali dalam rancangan lima tahun Malaysia, terdapat komitmen untuk Malaysia berada dalam kalangan 25 negara teratas dalam indeks persepsi rasuah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

