POLIS mengesahkan telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan wanita Indonesia dikenali Mondy Tattoo bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah Ebit Lew.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar berkata, percakapan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Dita Restu Amanda (Mondy) diambil di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.
“Bagi melengkapkan lagi siasatan, beberapa orang saksi akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam UtusanTV melaporkan polis hanya menerima satu laporan dibuat oleh Ebit Lew di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, berhubung dakwaan fitnah yang dilemparkan oleh Caprice dan Mondy Tattoo.
Ebit menerusi hantaran di Instagram turut memaklumkan telah membuat laporan polis sebaik tiba dari Jeddah, Arab Saudi pada pukul 12 tengah malam kelmarin.
Laporan itu dibuat selepas tular rakaman wawancara Mondy Tattoo yang mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual daripada Ebit Lew sebaik tiba di Malaysia.
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

