PM lawat UAE, hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC di Arab Saudi pada Oktober

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah dijemput untuk ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi, pada bulan Oktober.

Anwar berkata beliau akan berada di UAE pada 5 dan 6 Okt untuk lawatan kerja, sebelum hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang dihoskan Arab Saudi di Riyadh pada 16 Okt.

“UAE dan Arab Saudi mempunyai kerjasama yang lebih kukuh dengan kita. Kami berharap mereka akan melabur dengan lebih banyak,” kata Anwar yang berada bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Ketika sesi soal jawab selepas menyampaikan ucaptamanya bertajuk ‘Regaining Malaysia’s Lead in Asia’ (Mengembalikan Penerajuan Malaysia di Asia) pada majlis Invest Malaysia New York pada Khamis, Anwar berkata terdapat minat yang semakin meningkat daripada anggota GCC terhadap ASEAN.

Baca artikel lain: Bekalan beras putih tempatan di Selangor mencukupi, kata MB Amirudin

“Kami (ASEAN) menerima minat yang semakin meningkat daripada Arab Saudi, UAE dan Qatar,” katanya.

Hubungan dua hala dan ekonomi yang kukuh antara Malaysia dan UAE terus berkembang, dengan perdagangan dan pelaburan yang semakin meningkat.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan di luar UNGA pada Selasa berkata dari Januari hingga April 2023, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara meningkat 5.7 peratus, iaitu daripada RM11.25 bilion kepada RM11.89 bilion.

Semasa lawatan ke Kuala Lumpur pada Mei, Menteri Perdagangan UAE Thani Al Zeyoudi berkata pelaburan Malaysia di UAE berjumlah US$150 juta, dan pelaburan UAE di Malaysia mencecah US$220 juta.

Arab Saudi pula merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Barat, dengan jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara pada 2022 mencatatkan US$10.26 bilion, meningkat 159.2 peratus daripada 2021.

Antara projek utama Arab Saudi di Malaysia ialah Kompleks Bersepadu Pengerang di Johor oleh Saudi Aramco.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This