Keunikan Mi Thai, Sosnya Dari Gula Kabung

Rosmarlinda Kamarudin
Rosmarlinda Kamarudin
Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini. Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR. Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

Dari Penulis

Mungkin bagi yang tidak biasa menikmati keenakan Mi Thai, pasti kurang menyukainya. Apa pun rasanya, kita perlu berani mencuba. Jika tidak kena pada tekak, sebagai tukang masak yang kreatif ubah sahaja mengikut cita rasa. Tetapi janganlah pula sehingga hilang keunikan Mi Thai dan rasa aslinya. Paling tidak pun, sekadar adjust rasa manis sudah cukup memadai.

MI THAI
BAHAN

2 keping mi Siam kering
10 ekor udang
1 biji telur
4 sudu besar sos mi Thai
1 keping tofu keras – goreng dan potong kiub kecil
1 sudu besar udang kering
2 sudu besar minyak masak
1 ulas bawang merah – cincang
4-5 ulas bawang putih – cincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1 cawan tauge
½ cawan kucai – potong 2 cm
Sedikit kacang tanah – goreng dan tumbuk kasar jika suka
Sedikit limau nipis
Sedikit air

BAHAN SOS MI THAI
1 cawan gula kabung – hiris nipis
1 cawan gula
3/4 cawan sos ikan
1 cawan air asam jawa pekat

CARA PENYEDIAAN

  1. Rendam mi selama 45 minit atau sehingga kembang berwarna putih. Panaskan minyak,tumis bawang merah dan bawang putih.

2. Masukkan tofu, udang kering, serbuk cili dan kacau di atas api sederhana. Masukkan udang dan kacau seminit. Apabila udang sudah masak, keluarkan untuk dijadikan hiasan.

3. Kemudian, ketepikan bahan tumisan di sebelah kuali, dan masukkan mi disebelahnya. Tuang sedikit air ke atas mi dan kacau.

4. Tuangkan sebahagian sos mi Thai dan gaulkan sebati. Masukkan sos selebihnya dan kacau rata. Ketepikan sedikit mi, tuang sedikit minyak dan masukkan telur. Biarkan telur masak sedikit sebelum dikacau sebati bersama mi.

5. Masukkan kucai dan tauge dan kacau. Angkat dan hidangkan dengan udang, kacang tanah serta hirisan limau nipis. Dah siap!

6. UNTUK MEMBUAT SOS MI THAI : Hiris gula kabung agar mudah proses mencairkannya. Tuangkan air asam jawa dan gula kabung serta gula di dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.

7. Masukkan sos ikan dan perlahankan api. Masak lagi selama sepuluh minit sambil dikacau perlahan-lahan. Apabila sos sudah sedikit pekat, tutupkan api. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dari Muzium ke Kopi Durian, KLDEX Tarikan Terbaharu Wajib Singgah di KL!

INDUSTRI agropelancongan dan gaya hidup tempatan bakal melakar sejarah baharu dengan pembukaan rasmi Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX)...

More Articles Like This