Pengerusi Amanah Negeri Sembilan dilantik Speaker DUN

Dari Penulis

PENGERUSI Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini.

MK Ibrahim, 67, dipilih secara sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri selepas diusulkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan disokong oleh ADUN Pertang Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Setiausaha DUN Mohd Amin Ludin memaklumkan pada mesyuarat pertama penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 di Dewan Negeri Sembilan, terdapat dua nama calon Speaker dikemukakan namun seorang daripadanya ditolak kerana tidak memenuhi syarat di bawah Peraturan 2 Perintah 7 (1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.

Baca artikel lain: Ahmad Fadhli sekali lagi beri keterangan berhubung Himpunan Selamatkan Malaysia

Pada persidangan itu juga, 34 ADUN mengangkat sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah, didahului Menteri Besar Aminuddin dan diikuti 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) serta ADUN lain.

MK Ibrahim memaklumkan ADUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan dan ADUN Chennah Anthony Loke tidak hadir pada persidangan tersebut atas urusan rasmi.

Persidangan DUN ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kanak-kanak maut terjatuh lepas keluar dari kolam di taman tema air

SEORANG kanak-kanak maut dipercayai terjatuh selepas keluar dari kawasan kolam dalam kejadian di sebuah taman tema air di Sungai...

More Articles Like This