Caj transaksi DuitNow QR telah dikecualikan sejak 2019, jangka tiada kenaikan harga barang – PayNet

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENGENDALI aplikasi DuitNow QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan pembayaran menggunakan QR akan mula dikenakan caj mulai 1 November depan.

Bagaimanapun, PayNet dalam kenyataan memaklumkan caj berkenaan yang dipanggil kadar diskaun pedagang (MDR) bukanlah yuran transaksi baharu mahu pun caj tambahan.

Sebaliknya, syarikat itu berkata, caj MDR bagi DuitNow QR telah diketepikan ketika tempoh pengenalan pada tahun 2019 sebagai insentif galakan penggunaan aplikasi tersebut.

Katanya, penepian caj tersebut dilanjutkan lagi susulan penularan wabak COVID-19.

“Berkenaan e-pembayaran yang dibuat oleh pelanggan kepada mana-mana peniaga biasanya dikenakan MDR yang dicaj berdasarkan peratusan nilai transaksi pembayaran.

“Seorang peniaga akan menerima bayaran yang dibuat oleh pelanggan mereka selepas ditolak MDR.

“Pada masa ini pembayaran kad debit dan kredit dikenakan MDR manakala terdapat penepian MDR pada pembayaran QR dengan penepian ini akan ditarik balik mulai 1 November,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tidak wajar bank kenakan caj untuk penggunaan kod QR

Mengulas lanjut, PayNet memberitahu yuran 50 sen untuk urus niaga melebihi RM5,000 yang dinyatakan dalam laporan media adalah sebenarnya pemindahan daripada QR peribadi ke QR peribadi lain.

Katanya, ia bukan pembayaran kepada peniaga dan sama sekali tidak berkaitan.

“Bagi pembayaran kepada peniaga, MDR terkumpul akan dikongsi antara PayNet dan bank pemeroleh yang berkaitan atau pemeroleh pihak ketiga.

“Ia adalah untuk menampung penyelenggaraan rangkaian kami serta kos ditanggung oleh bank dan pemeroleh pihak ketiga untuk memperoleh penyertaan peniaga untuk menikmati perkhidmatan ini,” katanya.

Sementara itu, PayNet turut memberitahu beberapa bank pemeroleh dan pemeroleh pihak ketiga berhasrat untuk sama ada terus menangguhkan pengenaan MDR atau menyerapnya untuk peniaga kecil.

Dalam hal itu, katanya, peniaga perlu menyemak dengan bank atau atau pemeroleh pihak ketiga kerana PayNet tidak berada dalam kedudukan untuk menentukan harga pasaran yang dikenakan kepada peniaga.

Pada masa sama, syarikat itu memberitahu, dana rizab akan diwujudkan dengan MDR yang dikutip untuk memberi insentif kepada pemeroleh supaya tidak mengenakan sebarang MDR kepada peniaga kecil.

“PayNet ingin menjelaskan pembelian menggunakan kad kredit dan debit sudah pun tertakluk kepada MDR.

“Produk dan perkhidmatan yang dibeli dengan kad kredit atau debit adalah pada harga yang sama dengan pembelian tunai.

“Oleh itu kami menjangkakan perkara yang serupa dan tidak menjangkakan harga barangan dan perkhidmatan akan terjejas oleh pembelian menggunakan DuitNow QR selepas MDR dikenakan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This