Suami Noniswara yang juga bapa mentua MK K-Clique, Sheikh Nordin meninggal dunia

Dari Penulis

SUAMI kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan meninggal dunia, hari ini .

Berita duka itu disahkan oleh aktres berkenaan dalam satu hantaran di media sosial miliknya.

Menurut Noniswara,54, jenazah Allahyarham suaminya itu akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.

Untuk info, arwah Sheikh Nordin juga merupakan bapa mentua kepada penyanyi dan pelakon MK  daripada kumpulan K-Clique.

Noniswara mendirikan perkahwinan dengan  Sheikh Nordin yang seorang ahli perniagaan itu sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Arwah membina sebuah rumah agam iaitu Dato’ Syeikh Residences di Kampung Batu Gading, Temerloh, Pahang.

Ia merupakan inspirasi daripada beberapa buah bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan.

Rumah itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung dan keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam masing-masing sebagai bekalan dunia dan akhirat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Reda rumah tangga runtuh lagi, Kaka Azraff pilih fokus besarkan 3 anak selepas sah bercerai talak dua

SELEPAS pelbagai usaha dilakukan demi mempertahankan mahligai cinta yang dibina, penyanyi, Kaka Azraff akhirnya akur apabila jodohnya bersama suami,...

More Articles Like This