Empat sekeluarga dikhuatiri hilang ditemukan selamat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

EMPAT sekeluarga yang dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sejak hujung minggu lalu selepas bercuti di Pulau Perhentian ditemukan selamat.

Perkara tersebut dimaklumkan pemilik akaun Facebook @Ah Pek dalam hantaran, sebentar tadi.

Menurut hantaran tersebut, ibu mertuanya yang dikenali sebagai Suraidah Abdul Ghani, 52 dari Kluang bersama adik ipar, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21 serta dua anaknya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani Mohd Saiful, 4 telah ditemukan selamat.

Dia turut memaklumkan sedang dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang, Johor untuk menarik semula laporan polis.

“Alhamdulillah, ibu mertua, adik ipar lelaki dan dua orang anak saya telah selamat dijumpai.

“Terima kasih pada semua rakan, pihak polis dan semua yang terlibat membantu kes ini sehingga selesai.

“Tanpa bantuan anda siapalah saya. Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih bagi semua yang membantu, mendoakan dan menyampaikan. Semoga Tuhan membalas jasa baik dan niat murni tuan-tuan semua. Alhamdulillah, syukur,” katanya dalam hantaran tersebut.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Ah Pek sedang dalam perjalanan dari Terengganu menuju pulang ke Kluang, Johor untuk menarik semula laporan polis. 

Baca artikel berkaitan: Empat sekeluarga dikhuatiri hilang lepas bercuti di Pulau Perhentian

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad yang dihubungi UtusanTV mengesahkan empat sekeluarga itu berjaya ditemui dalam keadaan selamat.

Abdul Rozak sebelum itu memaklumkan empat sekeluarga gagal dikesan ahli keluarga selepas pergi bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu.

Abdul Rozak memaklumkan, ahli keluarga tidak dapat menghubungi kesemua mangsa sejak Sabtu lalu.

“Siasatan telah dijalankan dan mendapati kesemua mangsa telah pergi ke Pulau Perhentian pada hari Jumaat 29 September dan telah menginap di Senja Bay Resort.

“Mereka dikesan telah mendaftar keluar pada hari Ahad pukul 8 pagi.

“Siasatan juga mendapati kesemua mangsa ada mengikuti aktiviti snorkeling pada hari Jumaat dan Sabtu dengan pengendali bot memaklumkan telefon bimbit Suraidah serta Mohamad Aiman telah terkena air dan tidak dapat dihidupkan.

“Mangsa juga mengatakan akan ke Batu Buruk, Kuala Terengganu setelah keluar dari Pulau Perhentian,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This