SEORANG lelaki ditahan selepas dipercayai mencuri sebuah motosikal milik warga emas di Pekan Banting, Selangor pukul 10 pagi semalam.
Video penuh tekan link di bawah
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun mendakwa telah didatangi suspek yang mahu meminjam motosikal.
Beliau berkata, suspek memberikan alasan ingin menghantar barang yang dibeli di sekitar Banting sebelum bertindak melarikan motosikal mangsa tanpa izin.
“Bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan dengan bantuan anggota peronda polis Klang Utara pada pukul 12.30 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek warga tempatan berusia 42 tahun itu didapati mempunyai enam rekod jenayah membabitkan dadah.
Suspek telah direman selama empat hari di lokap Balai Polis Banting dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

