LAPORAN Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua – kapal tempur pesisir (LCS) wajar dibentang dan digulung oleh Pengerusi dan ahli-ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berhubung mekanisme perbahasan laporan PAC.
Beliau berkata, Laporan Kemajuan LCS itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober depan seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.
Mas Ermieyati turut menyorot kembali usul perbahasan dan penggulungan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) semasa 6 dan 7 Jun lalu dilakukan menteri bertanggungjawab untuk setiap isu LKAN yang dibangkitkan.
Menurut Mas Ermieyati, PAC menyambut baik langkah membahaskan laporan itu kerana ia membuktikan Parlimen mengambil langkah proaktif sebagai mekanisme semak dan imbang kepada badan Eksekutif.
“Ini merupakan perkara bersejarah bukan sahaja kepada Parlimen tetapi juga PAC kerana buat pertama kali, laporan jawatankuasa ini akan dibahaskan berbanding sebelum ini, di mana laporan PAC hanya dibentangkan.
“Saya akan berbincang lanjut dengan Johari berhubung mekanisme perbahasan laporan PAC kelak.
“Namun, saya berpandangan bahawa laporan PAC wajar dibentang dan digulung oleh Pengerusi PAC dan ahli-ahli PAC,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, PAC bersama speaker sudah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Limbungan Boustead Naval Shipyard (BNS), Markas Tentera Laut Diraja Malaysia TLDM) di Lumut, Perak pada semalam.
“Dalam lawatan itu, kami telah mendengar taklimat berhubung Kemajuan Projek Pembinaan Kapal Peronda Generasi Kedua – LCS daripada Pengarah Pasukan Projek LCS TLDM, Franklin Jeyasekhar Joseph dan Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd, Azhar Jumaat,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

