MESKIPUN gagal memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, namun Perikatan Nasional (PN) berjaya mencatatkan peningkatan undi.
Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, majoriti yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) pula merosot daripada 4,048 dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kepada 2,949 dalam PRK ini.
Ujarnya, PRK ini juga menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupuntelah bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) dan seluruh jentera serta sumber kerajaan dikerah untuk membantu kempen.
“PN menghormati pilihan yang telah dibuat oleh pengundi-pengundi di DUN Pelangai dalam Pilihan Raya Kecil yang baru berlangsung.
“Saya percaya seperti mana trend dalam pilihan raya negeri dan siri pilihan raya kecil sebelum ini, tidak berlaku pemindahan undi yang ketara antara PH dan BN.
Baca artikel lain: Serangan di Gaza: PJS gesa campur tangan antarabangsa cari wartawan hilang
“Sebaliknya, yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan, jutaan terima kasih kepada seluruh jentera PN yang telah bertungkus-lumus berkempen dan juga kepada para pengundi di DUN Pelangai.
Semalam calon BN, Datuk Amizar Abu Adam berjaya memenangi PRK DUN Pelangai dengan majoriti 2,949 undi.
Saingan tiga penjuru itu menyaksikan Amizar memperoleh 7,324 undi, menewaskan calon PN, Kasim Samat yang memperoleh 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasni (47 undi).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

