Pekerja cedera selepas jatuh dari kren setinggi 3 meter

Dari Penulis

SEORANG pekerja cedera selepas terjatuh dari kren setinggi 3 meter ketika melakukan kerja-kerja pemasangan solar di Taman Subang Height, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 10.05 pagi.

Beliau berkata, sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kren telah mengalami kerosakan ketika empat pekerja sedang melakukan tugas memasang panel solar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, seorang pekerja telah terjatuh dari kren dan mengalami kecederaan di kaki.

Manakala tiga lagi pekerja telah tersangkut di atas tempat pemasangan solar dan berjaya diselamatkan bomba pada pukul 11.05 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Jika kita terus bersatu, keyakinan akan kembali memihak UMNO, BN’

AHLI, seluruh jentera dan saf kepimpinan UMNO serta Barisan Nasional (BN) perlu terus bersatu padu, ikhlas berkhidmat dan tidak...

More Articles Like This