SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam satu nahas dengan sebuah lori muatan tiga tan di Jalan Utama Bandar Sungai Emas di Banting, pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pukul 11.55 pagi.
Katanya, pemandu berusia 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaannya akibat kecederaan parah.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, mayat pemandu kereta jenis Perodua Kelisa itu telah diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

