Pemandu rentung selepas Lancer terbakar langgar motosikal

Dari Penulis

SEORANG pemandu ditemui rentung selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 290.5 Lebuhraya Utara-Selatan, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.16 petang.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Mitsubishi Lancer yang terbakar 90 peratus.

“Lancer terbabit dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah motosikal yang ditunggangi oleh seorang lelaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, api berjaya dipadamkan dan pemeriksaan mendapati seorang mangsa telah rentung di dalam kereta.

Sementara penunggang motosikal mengalami cedera di kepala serta tangan kanan dan dihantar ke Hospital Serdang bagi rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This