Hannah optimis tiada lagi isu air bertakung di SNBJ

Dari Penulis

EPISOD air bertakung di padang sewaktu hujan lebat hampir pasti tidak akan berulang lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Jaminan itu diberikan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh selepas gelanggang keramat skuad Harimau Malaya itu telah melalui proses menaik taraf dan kerja-kerja penambahbaikan sejak beberapa bulan lepas.

“Ya (tiada lagi isu air bertakung), seperti anda saksikan dalam tayangan video (sewaktu perasmian hari ini) sebelum rumput ditanam ada (kerja-kerja) penggalian, kos itu agak tinggi.

“Semalam juga hujan dan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia) setiap hari pantau bagi pastikan tiada masalah (air bertakung) seperti itu,” katanya pada sidang media Majlis Perasmian Padang Stadium Nasional hari ini.

Terdahulu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan merasmikan padang baharu Stadium Nasional iaitu sehari sebelum sepak mula pertandingan ikonik Pestabola Merdeka 2023 esok.

Majlis perasmian turut disempurnakan Hannah bersama Pengerusi PSM, Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Mohd Faidz Sanusi.

Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports City. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Stadium Nasional Bukit Jalil kembali dengan padang berkelas dunia

Pada Jun tahun lalu, pernah tular rakaman video memaparkan keadaan padang Stadium Nasional ditakungi air selepas hujan lebat menjelang aksi Kumpulan E pusingan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain.

Video itu menjadi perhatian selepas beberapa petugas dilihat menggunakan penyodok dan kadbod dalam usaha mengatasi masalah air bertakung sekali gus mengundang pelbagai kritikan.

Sementara itu, Mohd Faidz berkata keutamaan PSM adalah tetap kepada acara sukan, diikuti komuniti dan komersial biarpun mereka mampu menjana pendapatan dari sudut komersial seperti penganjuran konsert.

“Keutamaan PSM selalunya adalah sukan…memang dari segi komersial memberi sedikit sebanyak pendapatan kepada PSM sebab kita tak boleh 100 peratus harap geran kerajaan,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCMC sita 6,916 unit kelengkapan komunikasi tidak diperakui bernilai RM2.06 juta

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menyita sebanyak 6,916 unit kelengkapan komunikasi yang disyaki tidak diperakui dengan anggaran...

More Articles Like This