PADA tahun hadapan, RM2.8 bilion disediakan untuk menyelenggara jalan dan jambatan Persekutuan dengan RM300 juta dikhususkan kepada kontraktor G1 hingga G4.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, khidmat jurutera daerah akan terus diperkasakan bagi segera menangani aduan kecil dan luar jangka melibatkan jalan Persekutuan.
Katanya, kerajaan akan meningkatkan peruntukan kepada RM200,000 berbanding RM100,000 kepada 115 jurutera daerah dengan peruntukan keseluruhan RM30 juta.
“Alhamdulillah, setakat Ogos, lebih 4,100 jalan berlubang di jalan Persekutuan telah dikenal pasti dan dibaik pulih.
“Kerajaan komited memastikan tindakan diambil dalam tempoh 24 jam setelah menerima aduan jalan berlubang di jalan Persekutuan.
“Kerajaan negeri juga harus memanfaatkan sepenuhnya peruntukan MARRIS berjumlah RM5.4 bilion yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan bagi memastikan jalan negeri juga dalam keadaan terbaik untuk kegunaan rakyat,” katanya.
Baca artikel lain: Belanjawan 2024: Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan kepada RM10 bilion
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.
Perdana Menteri menambah, RM100 juta juga disediakan bagi menyelenggara lampu jalan termasuk menggantikan kepada jenis LED yang dapat menjimatkan elektrik sehingga 60 peratus.
“RM50 juta turut disediakan untuk tujuan sama di kawasan PBT seluruh negara.
“Akhir sekali, RM50 juta juga disediakan untuk merawat kawasan berkemalangan tinggi antaranya menaik taraf lampu isyarat sedia ada kepada lampu isyarat pintar di jalan Persekutuan bagi membantu mengurai kesesakan laluan trafik,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

