Kegilaan Israel perlu dihentikan segera, negara-negara Islam perlu bersatu – Ismail Sabri

Dari Penulis

SELURUH dunia perlu mengambil tindakan tegas terhadap Israel yang telah hilang perikemanusiaan apabila mengebom Hospital Al-Ahli al-Arab di tengah Gaza sehingga menyebabkan 500 orang terbunuh, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri.

Beliau berkata, negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat juga perlu bertanggungjawab terhadap kegilaan rejim apartheid Zionis membunuh nyawa insan yang tidak berdosa kerana sentiasa berada di belakang Israel untuk bertindak ke atas Palestin.

“Tindakan tidak berperikemanusian rejim apartheid Zionis ini harus dihentikan segera bagi mengelakkan tragedi yang lebih buruk dalam sejarah dunia.

“Negara-negara Islam perlu bersatu dan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam membela serta mempertahankan rakyat Palestin yang sedang dibunuh secara beramai-ramai,” kata Ahli Parlimen Bera itu dalam satu kenyataan .

Beliau menegaskan, konflik yang berlaku sekarang adalah berpunca daripada sejarah panjang bagaimana Israel secara sistematik menzalimi, membunuh dan merampas tanah rakyat Palestin.

“Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin khususnya di Gaza sentiasa di lindungi Allah SWT dan terus berjuang untuk mempertahankan tanah air sendiri,” tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua remaja lelaki maut terlanggar kerbau melintas jalan di Jelebu

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing merempuh seekor kerbau yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 11...

More Articles Like This