Jerebu: 8 kawasan di Lembah Klang, Johor catat bacaan IPU tidak sihat

Dari Penulis

LAPAN kawasan di Semenanjung merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 5 petang ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 159.

Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar, tujuh kawasan lagi yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melibatkan empat di Selangor iaitu Petaling Jaya (154), Johan Setia (153), Shah Alam (138) dan Banting (133).

Sementara dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Cheras (146) dan Batu Muda (137) serta Tangkak, Johor (116).

Sebanyak 45 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana, manakala 15 kawasan mencatat bacaan IPU baik. 

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. 

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This