SEBANYAK 154 ajaran difatwakan sebagai sesat di negara ini sejak tahun 1950 hingga kini.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberitahu, kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkepentingan di peringkat Persekutuan atau negeri bagi mengesan dan membanteras kumpulan itu.
“Kerajaan tegas mengambil tindakan bagi mengelak penularan ajaran yang terkeluar daripada landasan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di negara ini.
“Ini termasuklah melaksanakan kajian ke atas ajaran yang meragukan bagi tujuan pemfatwaan dan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap kumpulan ajaran sesat berdasarkan peruntukan akta atau enakmen jenayah syariah negeri,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Katanya lagi, bagi mengelak penularan ajaran sesat, Jakim turut melaksanakan tapisan ke atas penceramah melalui sistem tauliah mengajar agama.
Baca artikel lain: Wujudkan institusi khas kendali subsidi pindahan tunai – Pakar
Selain itu, Jakim melaksanakan program dakwah kepada masyarakat melalui aktiviti seminar, khutbah Jumaat dan Forum Perdana Ehwal Islam bertujuan memberi pencerahan kepada masyarakat.
Mengulas lanjut mengenai ajaran sesat Suhaini Mohammad atau SiHulk, katanya, setakat ini hanya ada satu tangkapan membabitkan pengikut ajaran itu di Melaka pada Jun lalu.
Difahamkan, lelaki disyaki pengikut ajaran sesat itu ditahan ketika mahu bergabung dengan pengasasnya yang bersembunyi di New Zealand.
Lelaki itu ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi melumpuhkan ajaran tersebut di rumahnya dekat Jasin.
“Meskipun negara New Zealand berada di luar bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri, sesi advokasi akan diberikan kepada masyarakat Islam Malaysia di sana.
“Malah video pengikut ajaran ini yang dimuat naik di media sosial akan terus dipantau untuk tindakan penguatkuasaan,” tegas Jakim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

