Keserentakan krisis dan cabaran ekonomi global: Perkukuhkan perisai ekonomi negara

Dari Penulis

KADAR tukaran hari ini menyusut kepada RM4.76 per USD. Tahap terendah ringgit. Trend menyusut ini pasti akan memberi kesan ke atas beberapa aspek ekonomi negara.

Dalam konteks pelancongan dan eksport, ia menjadikan Malaysia lebih ‘murah’. Namun, manfaat ini amat bergantung kepada status ekonomi negara dan masyarakat global yang ‘membeli’ pelancongan dan barangan Malaysia. Prestasi ekonomi global dan negara-negara maju, umumnya dijangka lembap untuk tahun ini dan 2024. Pertumbuhan ekonomi dunia dan negara-negara maju diunjur lebih rendah pada tahun akan datang, iaitu 2.9% dan 1.4%. Permintaan global tidak memberangsangkan. Kemungkinan untuk kita memanfaatkan penyusutan nilai ringgit adalah rendah.

Di sebalik prestasi ekonomi pasca krisis pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sepenuhnya, ekonomi global digugat oleh pelbagai cabaran. Status geopolitik yang tegang, peperangan Ukraine-Rusia dan terkini keganasan di Palestin, serta ketegangan hubungan dagangan US-China memberi kesan ke atas rantaian bekalan global. Status kelestarian alam dan iklim yang semakin merosot memberi impak ke atas pengeluaran makanan global. Sebagai negara pengimport makanan, ini membimbangkan.

Baca artikel lain: Kerajaan Perpaduan akan terus pertahan kebebasan badan kehakiman – PM

Inilah yang diungkapkan oleh Perdana Menteri di majlis penutupan Khazanah Megatrends 2023 baru-baru ini-‘simultaneity’ atau ‘keserentakan’ krisis dan masalah global, mencabar dan menggugat prestasi ekonomi negara membangun, termasuk Malaysia.

Sebagai sebuah negara dagang, status ekonomi global adalah antara faktor utama mempengaruhi prestasi ekonomi negara. Untuk ketahanan ekonomi jangka panjang, kita tidak dapat mengelak daripada meletakkan kekuatan dan pembangunan ekonomi domestik sebagai antara matlamat yang utama.

Perisai ekonomi negara mesti diperkukuhkan. Kekuatan pelabur tempatan dan jumlah serta kualiti pelaburan domestik mesti ditingkatkan. Tahap pendapatan rakyat perlu ditingkatkan dan kerentanan isi rumah mesti ditangani. Kedudukan fiskal mesti segera dikembalikan kestabilannya agar boleh bertindak sebagai penyerap kesan kelembapan ekonomi global.

MINDA UKM: Bersama Membangunkan Negara

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This