SEORANG lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandu terjunam ke dalam terusan Florida dekat Cape Coral, Amerika Syarikat pada pagi Ahad.
Video penuh klik link di bawah
https://t.me/infoutusantv/1243
Menurut Polis Cape Coral, saksi mendakwa pemandu Dodge Challenger telah berlumba dengan sebuah Mercedes pada kelajuan 128 kilometer sejam ketika menyusur Jalan Northwest 17 Terrace.
Pemandu Dodge itu kemudian dikatakan telah menekan brek terlalu lewat lalu menceroboh masuk sebuah halaman dan melanggar sebuah pokok palma sebelum terjunam ke dalam terusan.
“Tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu,” kata polis memetik laporan Daily Mail.
Sementara itu menurut penduduk kawasan terbabit, pemandu Dodge juga hampir merempuh seorang kanak-kanak yang kebetulan berdiri di tebing terusan.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup dapat dilihat detik-detik cemas kereta Dodge Challenger terjunam ke dalam terusan sebelum beg udara menggelembung di tempat duduk pemandu.
Pemandu kemudian dilihat cuba menyelamatkan diri dengan membuka tingkap kenderaan dan orang ramai yang beraada di lokasi kejadian mula membantu memberikan arahan kepada pemandu tersebut.
Seorang lelaki kemudian dilihat melompat masut ke dalam air dan membantu menyelamatkan pemandu dengan membawanya ke tebing terusan.
Pada masa yang sama, kereta milik pemandu itu dilihat terus tenggelam sepenuhnya ke dalam terusan itu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

