“Sila keluar selewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang” – Shila Amzah desak kekasih adik lelaki keluar dari banglo miliknya

Dari Penulis

PENYANYI Shila Amzah mengarahkan teman wanita kepada adik lelakinya, Amir Syafiq iaitu Eiza untuk keluar dari kediaman miliknya di Hulu Langar, Selangor.

Shila atau Nurshahila Amir Hamzah,33, mendesak wanita tersebut untuk keluar dari banglo tersebut pada Jummat.

Malah, pelantun lagu Patah Seribu itu juga bersedia untuk mengunakan khidmat guaman sekiranya wanita tersebut berdegil untuk berbuat demikian.

“Assalamualaikum teruntuk orang luar yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewatnya esok (Jumaat) sebelum saya ambil tindakan undang-undang.

“Sila keluar dengan kadar segera,” tulisnya di Instagram story miliknya.

Pada perkongsian yang sama, Shila turut mendedahkan Eiza berpindah masuk ke rumah tersebut tanpa kebenarannya.

Jelas Shila lagi, dia sudah meminta ibunya, Fauziah Sarman untuk memberitahu Eza keluar dari rumah tersebut sejak tahun lalu.

“Satu lagi cerita tentang diri dan keluarga saya di akaun media sosial kamu, saya akan hantar surat tuntutan (LOD) kepada kamu,” jelasnya.

“Sha dah pernah beritahu melalui mak saya untuk meminta awak keluar sejak tahun lalu. Dia pindah masuk tanpa kebenaran saya,” katanya.

Terdahulu, ‘perang’ antara adik beradik Syada bermula selepas kakaknya yang juga penyanyi terkenal Shila Amzah mengaku mahu menjual rumah banglo yang didiami keluarganya.

Menurut Shila, tujuan dia mahu menjual kediaman tersebut kerana ingin membelikan sebuah kondo yang baharu.

Bagaimanapun, kenyataan Shila telah dinafikan oleh dua adik beradiknya iaitu Syada dan Amir Syafiq.

Syafiq mendakwa, penyanyi berusia 33 tahun itu mahu menjual rumah berkenaan disebabkan wang.

Sementara itu, Syada mendakwa dia dan keluarga telah dihalau dan dilayan seperti haiwan jalanan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hael Husaini, Akim Ahmad & Aisha Retno barisi panel juri Big Stage musim ke-7!

INDUSTRI hiburan tempatan dijangka menerima satu lagi gelombang kebangkitan apabila program realiti nyanyian paling fenomena, Big Stage, kini kembali...

More Articles Like This