Teruskan solat hajat, doa untuk rakyat Palestin – Agong

Dari Penulis

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru rakyat Malaysia terus mengadakan solat sunat hajat dan berdoa buat rakyat Palestin yang sedang menderita akibat serangan rejim Israel.  

 Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat sunat hajat yang diadakan memohon agar bumi Palestin dapat terus dipertahankan khususnya Masjid Al-Aqsa. 

Turut berdukacita dengan penderitaan rakyat Palestin, Yang di-Pertuan Agong menitahkan orang ramai agar membantu meringankan beban dialami rakyat negara itu dengan memberi sumbangan termasuk kewangan mengikut kemampuan masing-masing.  

“(Nasib) rakyat Palestin begitu sedih, begitu dukacita, kerajaan rejim Zionis telah menghancurkan ribuan rakyat Palestin. 

“Saya harap dan menyeru semua rakyat terus berdoa kepada Allah supaya rakyat Palestin dipelihara, bertahan dan bersemangat tinggi,” titah Seri Paduka semasa berkenan menyempurnakan Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Pahang Tua hari ini. 

Baca juga: Kekejaman di Palestin berpunca sokongan AS pada Tel Aviv – Tun M

Turut berangkat paduka anakanda Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. 

Turut hadir ialah Duta Besar Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Malaysia Dr Mubarak Saeed Al Dhaheri. 

Ru’RASA merupakan bantuan rumah kepada golongan memerlukan yang dibina dengan kerjasama UAE dan untuk hari ini, sebanyak 16 penduduk layak menerima kunci rumah. 

— BERNAMA 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This