GABUNGAN Parti Sarawak (GPS) berdepan saingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang berlangsung pada 4 November ini.
GPS yang mencalonkan Iskandar Turkee, 54, berdepan tentangan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang, 42 dan calon Parti Aspirasi Rakyat (ASPIRASI), Chieng Lea Phing, 62.
BH Online melaporkan pengumuman tiga pencalonan itu dibuat Pegawai Pengurus PRK DUN Jepak, Abang Zainuddin Abang Turkey, di Pusat Penamaan Calon di Dewan Suarah Bintulu, pada jam 10.30 pagi ini.
PRK DUN Jepak diadakan selepas penyandang kerusi itu Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada 13 September lalu.
Pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) yang diadakan pada 18 Disember 2021, Allahyarham Talib memperolehi 6,277 undi mengatasi calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Raba’ah Tudin (2,034), calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevenson Joseph Sumbang (587) dan calon Bebas, Tuah Kazan (141).
Berdasarkan rekod, DUN Jepak mula dijadikan kawasan DUN pada 1996 dan mula dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada tahun yang sama.
Sejak itu, DUN Jepak diwakili oleh Talib dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hinggalah PRN terakhir pada 2021.
Calon GPS-PBB, Iskandar yang juga anak jati Jepak adalah bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak.
DUN Jepak mempunyai seramai 22,804 dengan majoriti pengundi adalah Melayu/Melanau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

