Himpunan Malaysia Bersama Palestin: ‘Lautan putih’ banjiri Axiata Arena

Dari Penulis

ORANG ramai mula membanjiri Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin sejak 5 petang tadi.

Ibarat ‘lautan putih’, perkarangan stadium itu dipenuhi peserta himpunan yang hadir berpakaian serba putih, bagi mempamerkan solidariti mereka kepada rakyat negara Timur Tengah itu yang kini dihimpit kesukaran akibat penindasan yang dilakukan rejim Israel.

Himpunan yang dijangka dihadiri 20,000 orang itu turut diwarnai dengan kibaran Jalur Gemilang dan bendera Palestin, selain digemakan dengan laungan “bebaskan Palestin” dan “Israel Cuak”.

Sebahagian daripada orang ramai menyatakan sokongan ketika hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Tabung Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancarkan

Program malam ini bermula secara rasmi dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan di Palestin, sebelum disusuli dengan beberapa siri ucapan berkenaan sejarah dan perkembangan konflik yang melanda negara itu oleh pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

Sebahagian daripada orang ramai menyatakan sokongan ketika hadir ke Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut dijangka akan menyampaikan amanat khas dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin itu.

Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa di kedua-dua belah pihak.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi semak, imbang peranan MCA sentiasa relevan

MESKIPUN dikatakan hampir kesemua pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi MCA pada pilihan raya umum yang lepas, namun kewujudan...

More Articles Like This