TABUNG Kemanusiaan Palestin bagi Perkhidmatan Awam dilancarkan hari ini sebagai inisiatif keprihatinan dan tanda solidariti serta semangat kemanusiaan dalam kalangan penjawat awam terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali yang melancarkan tabung itu menggesa semua ketua setiausaha dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menggerakkan kutipan sumbangan secara agresif di kementerian, jabatan dan agensi masing-masing, dalam tempoh dua minggu bermula hari ini.
“Sekecil mana pun sumbangan anda amat bermakna buat saudara kita di sana,” katanya dalam hantaran di laman sosial Instagram miliknya serta memuat naik gambar melancarkan tabung berkenaan di pejabatnya.
Baca artikel lain: Ahmad Samsuri calon PN hadapi PRK Parlimen Kemaman?
Kerajaan sebelum ini menubuhkan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
AAKRP ditubuhkan di bawah subseksyen 9 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) pada 2002. Ia di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri, dengan mandat untuk mengumpul, menyelaras dan menyalurkan sumbangan kemanusiaan daripada rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas iaitu pihak berkuasa di Gaza dan rejim Israel sejak 7 Okt telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

