BUKAN sahaja bertindak sebagai pengarah tetapi Datuk TS Jeffry turut mencipta sendiri lagu runut bunyi (OST) filem arahannya, Mar Rak yang berjudul Seru Cinta.
Malah, TS Jeffry turut menampilkan empat teraju utama naskhah tersebut sebagai penyanyi utama lagu ciptaannya.
“Saya sengaja memilih empat pelakon utama filem Mar Rak untuk menyanyikan lagu OST Seru Cinta kerana yakin mereka lebih memahami dan menghayati lirik tersebut.
“Mereka ada kelebihan dan ia memudahkan untuk bawa lagu ini dengan lebih berkesan. Senang untuk mereka nak merasai perasaan ketika sampaikan lagu Seru Cinta,” katanya kepada URTV.

TS Jeffry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran Seru Cinta di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, baru-baru ini.
Empat penyanyi tersebut ialah Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James itu mendapat sentuhan lagu daripada komposer Kabir Bambu.
Mar Rak membawa maksud mari cinta itu mengetengahkan genre aksi, thriller dan suspen.
Filem tersebut bakal menemui penonton pada 2 November ini dan merupakan terbitan Pentas Wayang Production Sdn Bhd.
Ia mengisahkan tentang percintaan sehingga terpaksa menggadaikan nyawa.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

