Gagal guna bahasa kebangsaan berurus dengan jabatan kerajaan biadab, cabul Perkara 152

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEGAGALAN menggunakan bahasa kebangsaan apabila berurusan dengan jabatan kerajaan disifatkan sebagai biadab dan mencabul Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Justeru, Majlis Perundingan Melayu (MPM) menyokong saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak perlu melayan dan memulangkan surat yang tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan kepada pengirimnya.

Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Madani MPM, Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, sekali pandang kelihatan saranan itu kelihatan kasar tetapi pada hakikatnya ia adalah tindakan yang wajar.

Soal beliau, apakah lagi alasan yang mahu digunakan oleh mereka yang berkenaan kerana dalam masa lebih 60 tahun merdeka masih tidak menguasai dan menghormati bahasa kebangsaan?

Malah, ujarnya lagi, ada yang gagal ujian mudah bahasa Melayu setaraf ‘tadika’ bagi memohon taraf kewarganegaraan.

“Penegasan akan kepentingan menguasai bahasa lain di negara ini terutama Inggeris serta alasan sifat antarabangsa sesuatu majlis, selama ini kerap dijadikan helah untuk mengetepikan bahasa Melayu.

“MPM mengucap syabas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semoga terus istiqamah memperjuang bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu, perpaduan serta bahasa sains dan teknologi.

Baca artikel lain: Inisiatif bantu pekebun kecil getah, konflik Palestin dibincangkan di Parlimen hari ini

“Negara ini kini hampir musnah jasad dan rohnya dalam bidang pendidikan dan ranah lain kehidupan akibat PPSMI dan ‘Dual-language Programme’ yang dibawa oleh pemimpin sebelum ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MPM pada masa sama menyarankan penggunaan bahasa Inggeris di Dewan Rakyat oleh mana-mana Ahli Parlimen hendaklah juga dihentikan kecuali jika tiada kata atau istilahnya dalam bahasa Melayu.

“Justeru penguasaan bahasa yang banyak dan pastinya bukan Inggeris sahaja, dapat menjadi pemangkin bagi usaha tersebut melalui rujukan yang dapat dibuat.

“Akhirnya yang diperkaya ialah kepustakaan bahasa Melayu itu sendiri demi kesejahteraan anak bangsa dan rujukan dunia umumnya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This