Kolej UNITI tawar program Halal Edutourism, pelawa usahawan tinjau ekosistem pensijilan halal Malaysia

Dari Penulis

KOJEL UNITI Port Dickson akan memperkenalkan program pengajian jangka pendek berkaitan halal kepada pelajar antarabangsa khususnya dari republik Indonesia bermula pada tahun depan.

Ketua Pegawainya, Amir Hamzah Md Isa berkata, program pengajian di bawah inisiatif Mobiliti/ Edutourism itu bukan sahaja membantu kerajaan meningkatkan jumlah kemasukan pelajar antarabangsa tetapi juga mengembangkan potensi halal dalam kalangan industri tempatan.

Katanya, program yang bakal dijenamakan sebagai Halal Edutourism itu akan memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman menuntut di kampus Kolej UNITI Port Dickson dan mengetahui secara langsung ekosistem pensijilan halal yang dilaksanakan di Malaysia.

“Selain berkunjung ke lokasi pelancongan menarik, kami juga merancang membawa pelajar terbabit ke restoran-restoran halal popular dan menginap di hotel yang mempunyai pensijilan halal.

“Melalui pendekatan seperti ini, mereka akan melihat bagaimana dan sejauh mana sistem pensijilan halal di Malaysia dipraktikkan secara menyeluruh iaitu bukan sahaja melibatkan makanan dan minuman semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian reruai Kolej UNITI Port Dickson dan UNITI Halal Centre di Ekspo Halal Indonesia 2023 yang berlangsung Jakarta Convention Centre bermula 25 hingga 29 Oktober.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Atase Pendidikan, Education Malaysia (EM) Indonesia, Zulfadhli Hamzah.

Baca artikel lain: Gagal guna bahasa kebangsaan berurus dengan jabatan kerajaan biadab, cabul Perkara 152

Jelas Amir Hamzah, program Halal Edutourism tersebut akan dilaksanakan oleh pasukan Pusat Kecemerlangan Halal UNITI atau dikenali UNITI Halal Centre (UHAC) yang terdiri daripada pakar-pakar pensijilan halal negara.

Amir Hamzah memberitahu, Kolej UNITI Port Dickson telah menerima banyak permintaan dalam kalangan pelajar antarabangsa khususnya negara-negara yang penduduk majoriti umat Islam untuk mengikuti program-program jangka pendek berkaitan halal ditawarkan IPT ini.

“Buat permulaan, kami akan mempromosikan program Halal Edutourism ini kepada pelajar di Indonesia dengan menyasarkan segmen pelajar sekolah menengah dan mahasiswa yang sedang menuntut di IPT.

“Bagaimanapun, UHAC turut mempelawa pihak industri berkaitan di sini dan bersedia membawa usahawan-usahawan kecil dan sederhana di Indonesia yang berminat mengetahui mengenai pensijilan halal Malaysia dan rantaian industri halal di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Zulfadhli memberitahu, EM Indonesia mengalu-alukan inisiatif terbabit dan pihaknya bersedia membantu serta memudahcara untuk merealisiasikannya.

“Program Halal Edutourism tersebut sangat berpotensi ditawarkan di republik ini memandangkan sebelum ini, tiada pihak atau IPT termasuk IPTA dari Malaysia menawarkan program seumpamanya.

“Ia sangat menarik dan jika ditawarkan dengan kadar yuran yang berpatutan, ramai pelajar sekolah mahupun universiti di sini akan menyertainya sekali gus menarik minat mereka menyambung pengajian dalam bidang berkaitan halal di Malaysia kelak,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Mara tidak kompromi peminjam sengaja culas

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) tidak akan sesekali berkompromi dengan peminjam yang sengaja culas untuk membayar balik pinjaman. Perkara itu ditegaskan...

More Articles Like This