PIMPINAN Pas dinasihatkan agar tidak terlalu ghairah berpolitik sehingga menjadikan usaha kerajaan untuk membela Palestin sebagai modal untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Teguran itu dilontarkan Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan yang menganggap Pas menjadikan isu ancaman terhadap Perdana Menteri dari pemimpin negara luar sebagai modal politik parti itu.
Menurut Syahredzan, pemimpin-pemimpin Pas sepatutnya menyokong usaha kerajaan untuk membela Palestin yang ketika ini ditekan hebat oleh rejim zionis Israel.
“Isu ini sebenarnya paut menyatukan kita, bukan menjadi modal politik.
“Pembangkang sepatutnya menyokong usaha Perdana Menteri yang berada di barisan hadapan untuk memastikan rakyat Palestin terbela, Ini melangkaui politik kepartian,” katanya memetik laporan Malaysiakini.
Baca juga: Kenyataan Anwar ‘diancam’ kritik isu Palestin melucukan – Takiyuddin
Terdahulu, Perdana Menteri ketika berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin mendedahkan yang beliau menerima tekanan dari negara barat khususnya Amerika Syarikat dan Eropah dek kerana kelantangan memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Rentetan pendedahan tersebut, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang pelik dan lucu serta hanya bertujuan untuk menonjolkan ‘kehebatan Anwar’ sebagai Perdana Menteri.
Mengulas lanjut, Syahredzan berkata, beliau yakin Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mempunyai sebab tertentu untuk tidak mendedahkan negara yang didakwa memberi tekanan terhadap Anwar meskipun didesak beberapa pemimpin Pas.
“Saya percaya ada sebab mengapa ia tidak didedahkan. Yang penting isu pokoknya kita berdiri di belakang Perdana Menteri sebagai pemimpin untuk menyatakan pendirian dalam konflik ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

