PERUNTUKAN kecemasan berjumlah RM10 juta disalurkan bagi memperbaiki cerun di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Kajang.
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Ir Izham Hashim berkata, peruntukan itu disalurkan bagi tujuan menstabilkan tanah di kawasan cerun di lokasi tanah runtuh berkenaan.
“Perkara ini (keadaan cerun di lokasi tanah runtuh) sudah (berlaku) agak lama namun, dua tiga hari ini keadaannya (runtuhan) makin serius dan sudah nampak pergerakan (tanah).
“27 rumah terlibat juga sudah diminta dikosongkan dan kerja pembaikan akan dilaksanakan segera kerana ini adalah situasi kecemasan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Sultan Ibrahim dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-17
Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan sumbangan kerajaan negeri Selangor kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, hari ini.
Pada Khamis, penduduk terjejas di Taman Bukit Mewah, Kajang dilaporkan mengadakan perjumpaan dengan pihak berkuasa tempatan susulan keadaan runtuhan sedia ada semakin teruk.
Dalam pada itu, Izham berkata, beliau akan ke melawat lokasi pada Ahad ini manakala penghuni di kawasan terjejas akan ditempatkan ke rumah sewa dan diuruskan Majlis Perbandaran Kajang.
“Kini (keadaan runtuhan) sudah makin serius, jadi kita terpaksa mengikut kaedah kecemasan kerana kita tidak boleh mengikut kaedah biasa (pembaikan) menerusi tawaran tender,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

