Siling sebuah pusat beli-belah di PJ runtuh, tiga cedera ringan

Dari Penulis

SILING depan anjung pusat beli-belah Megah Rise Mall di Petaling Jaya runtuh dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat, petang tadi.

Menurut pihak pengurusan pusat beli-belah itu, tiga individu mengalami cedera ringan dalam kejadian kira-kira 3 petang itu.

Kejadian yang tular menerusi satu video berdurasi 37 saat di media sosial itu memaparkan siling tersebut sedang jatuh dan beberapa orang pengawal dilihat membantu para pengunjung untuk keluar daripada kawasan tersebut.

Terdapat juga pengunjung yang menjerit ketakutan dan bergegas keluar daripada premis terbabit untuk menuju ke kawasan lebih selamat.

“Dukacita dimaklumkan bahawa siling anjung kereta di hadapan pintu masuk Megah Rise Mall runtuh ketika angin kencang dan hujan lebat, kira-kira pukul 3 petang, mengakibatkan tiga orang cedera ringan,” menurut pihak pengurusan Megah Rise Mall menerusi laman rasmi Facebooknya.

BERITA BERKAITAN 10 kenderaan remuk dihempap runtuhan konkrit dekat Kuchai

“Kami sedang menyiasat punca kejadian dan mengambil tindakan segera untuk mengurus dan menangani keadaan itu,” menurut kenyataan.

Megah Rise Mall memaklumkan keutamaan mereka adalah keselamatan dan kesejahteraan pengunjung.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di [email protected]. Kami akan sentiasa memberikan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This