POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak memukul dan mencederakan seorang pemandu lori sampah di Jalan 6, Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar dekat Sabak Bernam, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, kejadian pada pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang memandu lori untuk mengutip sampah di kawasan kejadian.
Beliau berkata, mangsa berusia 37 tahun itu mendakwa telah dipukul dan diugut suspek yang tidak dikenali.
“Siasatan awal mendapati kenderaan suspek telah menghalang laluan lori sampah dan mangsa telah membunyikan hon untuk meminta suspek alihkan kenderaannya.
“Namun, secara tiba-tiba suspek bertindak agresif dengan datang ke arah mangsa yang berada di dalam lori dan memarahinya dengan kata-kata kesat serta mengugut dan memukulnya menggunakan kayu,” katanya memetik laporan Sinari Harian.
Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan pada tangan serta menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah Sabak Bernam dan telah dibenarkan pulang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 324/506 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Mohamad Farid Sutrisno Tanjung di talian 019-3224855.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegra

