MKM sasar kendali 80,000 jemaah umrah, jualan tiket pelancongan muslim RM50 juta 2028

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

MKM Ticketing Travel & Tour Sdn Bhd menyasarkan untuk mengendalikan 80,000 jemaah umrah, peningkatan 50 peratus dalam bilangan jemaah haji atau 1,000 jemaah terpilih serta sasaran jualan tiket dan pelancongan muslim sebanyak RM50 juta menjelang tahun 2028.

Ia susulan pelancaran pelan strategik lima tahun MKM dalam usaha muncul sebagai pengendali umrah, haji dan pakej pelancongan muslim terbesar negara.

Pelan strategik lima tahun mulai 2024 hingga 2028 itu turut merangkumi pelancaran logo baharu syarikat tersebut.

Pengarah Strategik MKN, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, pelan strategik tersebut menggariskan bahawa operasi umrah, haji dan kendalian tiket serta pelancongan muslim bakal menjadi teras utama perniagaan syarikat berkenaan.

Abdul Hadi juga percaya perancangan itu mampu menjadikan MKM sebagai sebuah agensi pelancongan yang berprestasi tinggi dan dipercayai termasuk di peringkat antarabangsa.

Katanya, MKM juga telah membuka sebuah cawangan di Jakarta, Indonesia dan pejabat operasi di Tanah Suci yang berfungsi menyediakan perkhidmatan terbaik di lapangan seperti pengangkutan jemaah termasuk di lapangan terbang selain memastikan tempat penginapan yang selesa.

Baca artikel berkaitan: MKM sasar tingkatkan pengaruh di utara Semenanjung

Logo baharu MKM

Beliau berkata, syarikat itu telah berjaya mencatat jualan sebanyak RM20 juta bagi jualan tiket dan pelancongan muslim dalam tahun ini sahaja.

“Berdasarkan pengalaman lalu, saya percaya sasaran yang ditetapkan dalam pelan berkenaan boleh dicapai dengan jayanya.

“Kami mahu menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada semua pelanggannya melalui perkhidmatan yang jujur, amanah dan profesional melalui nilai teras dikenali sebagai PRIME.

“Pelanggan yang menjadikan sebagai MKM pilihan mereka akan menikmati penginapan terbaik, perjalanan yang lancar, pengurusan yang cekap, penawaran harga berpatutan, efisien serta diberikan juga pilihan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi MKM, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahaya menjelaskan logo baharu yang diperkenalkan itu adalah bagi menaikkan imej korporat syarikat supaya lebih dikenali bukan hanya di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Menurut Mohd Khairi, MKM turut memperuntukkan RM250,000 bagi pembukaan kesemua lima buah cawangan baharu pada tahun depan iaitu di Kelantan, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Pahang menjadikan jumlah keseluruhan kepada tujuh buah.

“Ketika mula ditubuhkan pada tahun 2011, persediaan kami adalah tidak menyeluruh tapi kini kami sudah bersedia sepenuhnya dengan pasukan yang kuat dan berpengetahuan serta pengurusan yang lebih baik.

“Selain pembukaan cawangan baharu, pihak pengurusan juga akan menambah bilangan ejen kepada 200 orang berbanding lebih 80 orang yang aktif pada masa ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This